Home Berita PAS Terengganu

PAS bawa agenda perpaduan ummah

301
SHARE

MARANG – PAS yang memerintah negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah membawa agenda perpaduan ummah untuk menyatupadukan suara umat Islam.

Presidennya, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, hasrat ini terbuka kepada semua orang Islam, Melayu, Parti Perikatan Nasional dan kaum yang tidak ekstrem terhadap Islam.

“Kita usaha sekurang-kurangnya menang 40 Kerusi daripada PAS sahaja sekurang-kurangnya dua per tiga ditambah dengan Bersatu, Gerakan Dan Sabah serta Sarawak,” ujarnya.

Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ditemui semasa Sidang Media penamaan calon bagi Parlimen Marang P037 pada 5 November di Pejabat Tanah Daerah Marang, di sini.

” Peranan media sosial sangat penting dengan anak muda yang terbahagi kepada beberapa golongan” tambahnya.

Suasana proses penamaan calon semalam baik, aman dan mesra dengan penyokong dapat dikawal serta tiada ketegangan yang berlaku.