Home Berita PAS Wilayah

PAS Batu Ucap Tahniah dan Terima Kasih Kepada Petugas PAS dan Pengundi P115 Batu

1230
SHARE

*KENYATAAN MEDIA*
_PAS Kawasan Batu_

Saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pengundi yang telah membuat pilihan masing-masing pada hari ini.

PAS Batu menerima keputusan yang telah diumumkan secara rasmi sebentar tadi dengan penuh muhasabah.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kepada semua yang telah memberikan sokongan dan undi kepada PAS. Namun, sama-samalah kita menerima takdir Allah ini sebagai sesuatu yang terbaik buat kita semua.

InshaAllah kami akan terus menerus merencana penambahbaikan bagi memantapkan lagi khidmat PAS dalam lapangan siasah dan dakwah di Parlimen Batu ini.

Kami mengharapkan calon dan parti yang telah memenangi P115 Batu ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh berintegriti dan tidak mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Akhirnya, _jazakumullahu khairan jaza’_ saya ucapkan kepada keluarga saya, saf kepimpinan PAS Batu, semua ahli dan penyokong, petugas dan sukarelawan PAS yang telah mengusahakan yang terbaik demi kemenangan PAS di Parlimen Batu ini.
Bumi bertuah Batu menjadi saksi kita telah lakukan yang terbaik!..

Sekian.

_*”Kita Sejahtera Bersama”*_

*AZHAR BIN YAHYA*
_YDP PAS Kawasan Batu_