Home Artikel PAS Wilayah

PAS Batu Ucap Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan

145 views
SHARE

PERUTUSAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2018

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada semua penduduk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan; terutamanya warga P115 Parlimen Batu.

Hidup di ibu kota negara saban hari semakin mencabar. Isu kos sara hidup, keselamatan, sosial, perumahan dan kesesakan lalu lintas sering menghambat kehidupan kita sehari-harian. Namun, hanya dengan kesabaran dan permuafakatan serta Islam sebagai panduan, kita pasti boleh melakukan suatu perubahan yang lebih baik.

Marilah sama-sama kita usahakan Wilayah Persekutuan sebagai sebuah wilayah qudwah hasanah, wilayah mampan, wilayah ilmu dan wilayah perpaduan justeru menjadi tempat yang terbaik untuk kita hidup bahagia bersama pasangan, anak-anak dan ahli keluarga kita.

Sekian.

”Kita Sejahtera Bersama”

“Sejahtera Bersama Islam”

USTAZ AZHAR YAHYA
TPJ PAS Wilayah Persekutuan /
YDP PAS Kawasan Batu

Tarikh :
1 Februari 2018 | 15 Jamadilawal 1439H