PAS Batu Terus Komited Hulur Bantuan
Oleh : Maizatul Asida
4 Mei 2020
BATU : PAS Kawasan Batu telah menyampaikan sumbangan barang keperluan harian kepada mereka yang memerlukan di PASTI Ibnu Sina, Taman Dato’ Senu semalam.
Penerima sumbangan terdiri daripada ahli PAS di sekitar Kawasan Batu yang terkesan ekoran dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memasuki Fasa 4.
Hadir untuk menyampaikan sumbangan adalah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu iaitu Haji Abu Bakar Abd Rahman yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 3, PAS Wilayah Persekutuan.
Haji Abu Bakar juga mengambil kesempatan menyampaikan pesanan agar para penerima sentiasa memperbanyakkan ibadah dan melazimi amalan zikir di sepanjang bulan Ramadhan.
“Teruskan bersabar dan patuh pada arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan,” ujar beliau lagi.
Turut hadir bersama adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Encik Shamsuddin Yaacob dan Pengerusi Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Zurina Din.
Program ini bertujuan untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang telah terputus sumber pendapatan sepanjang tempoh PKP.
PAS Batu komited untuk terus menghulurkan bantuan dan melakukan kebajikan kepada masyarakat setempat.
Semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan dari Allah SWT dan menjadi asbab turunnya rahmat Allah di bumi Malaysia khususnya.