Oleh : Taufiq HY
23 Ogos 2020
BATU SAPI : Islam memimpin kebajikan salah satu agenda utama yang terus diangkat oleh PAS Kawasan Batu Sapi untuk masyarakat marhaen di Parlimen ini.
Lebih daripada 50 orang ahli cawangan PAS Karamunting, ibu dan ayah tunggal dari Kampung Bokara telah menerima sumbangan berbentuk bantuan asas barangan dapur hari ini di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Batu Sapi di Bangunan kedai Flat Karamunting.
Sumbangan yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Batu Sapi, Masru Mustaqeem menyaksikan sendiri bahawa penduduk kampung mengalu-alukan kehadiran PAS Batu Sapi di Parlimen Batu Sapi.
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah merangkap Naib yang Di-Pertua PAS Batu Sapi, Norsah Bongsu turut bersama dalam program ini merasa sangat gembira atas sambutan yang diberikan.
Norsah menerangkan bahawa PAS ini berdiri atas tiga tunjang iaitu Dakwah, Tarbiyah dan Politik yang akan terus berusaha menjaga kebajikan kepada semua tidak mengira bangsa mahupun agama.
“Saya berharap agar semua yang hadir hari ini dapat membantu menjadi agen penyampai dan penerang kepada perjuangan PAS di kawasan Batu Sapi ini dalam menereruskan agenda kebajikan.