Home Artikel PAS Sabah

PAS Batu Sapi Perkasa Cawangan.

84
SHARE

Oleh:Taufiq Hy
10 Januari 2021

Batu Sapi. PAS kawasan Batu Sapi telah membuat pertemuan pertama bagi tahun 2021, bersama-sama ketua-ketua cawangan PAS Kawasan Batu Sapi .

Lebih daripada 10 orang ketua cawangan PAS Kawasan Batu Sapi hadir bagi bersama-sama membincangkan pemerkasaan PAS cawangan dan isu yang berlaku di sekitar cawangan mereka.

YDP PAS Batu Sapi, Ustaz Ahmad Supu menegaskan kepada semua ketua cawangan untuk terus ikhlas berjuang bersama dengan PAS kawasan Batu Sapi dan terus bersama-sama menjadi agen penghubung antara PAS dan masyarakat di cawangan mereka. Turut hadir bersama NYDP PAS kawasan Batu Sapi merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah, Puan Norsah Bongsu dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu Sapi, Tuan Masru.

Tuan Masru juga sempat mempromosikan program Amal Mega Blood Donation yang akan berlangsung 15,16 dan 17 Januari serentak di seluruh Malaysia. Beliau berharap ahli-ahli cawangan dapat bersama turun menderma darah.

Respon menggalakan daripada ketua-ketua cawangan yang mengharapkan program seperti ini akan dapat diteruskan di masa-masa hadapan.