Home Berita PAS Sabah

PAS Batu Sapi menyantuni masyarakat Cina

670
SHARE

Oleh : Taufiq HY
26 Ogos 2020

BATU SAPI : Masyarakat Cina merupakan kaum kedua teramai di kawasan Batu Sapi. Dalam Dun Karamunting sahaja seramai 7000 lebih pengundi adalah daripada kaum Cina. PAS Batu Sapi tidak pernah melupakan mereka.

Ketua Pemuda PAS Batu Sapi, Masru Mustaqeem mengetuai Squad Redah PAS Batu Sapi untuk menyantuni masyarakat Cina di Tanah Merah pada pagi semalam.

Menurut Masru pertemuaan ini merupakan bukti bahawa PAS tidak hanya selektif kepada kaum Melayu Islam sahaja tetapi menebarkan salam silaturahim kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Turut hadir bersama dalam program ini Naib Yang Dipetua PAS Batu Sapi, Norsah Bongsu yang juga turut melahirkan rasa gembira dengan penerimaan masyarakat kepada PAS yang semakin hari bertambah baik.

Exco Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Negeri Sabah, Khairul Yunus dan Ketua cawangan PAS Karamunting juga hadir sama membantu menjayakan ziarah ini.