Home Berita PAS Wilayah

PAS Batu peduli rintihan keluarga terjejas bekalan makanan

457
SHARE

PAS Batu peduli rintihan keluarga terjejas bekalan makana

Oleh: Dhiya’ Muttmainnah

KEPONG – Muslimat PAS Cawangan Taman Beringin telah menziarahi sebuah keluarga asnaf di flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu Kepong baru-baru ini.

Ziarah yang dilakukan adalah tindakan susulan ekoran dari satu aduan yang diterima di mana keluarga tersebut sedang dalam kesusahan dan sangat memerlukan susu buat anak kecilnya.

Sumber pendapatan keluarga ini bergantung sepenuhnya pada suami yang bekerja di Pasar Borong sebagai pengantar ikan.

Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu sangat memberi kesan kepada keluarga ini apabila majikan suaminya tidak membenarkannya untuk bekerja ekoran penularan COVID-19 ketika itu.

Ketiga-tiga anak mereka yang berusia dari lingkungan umur dua hingga tujuh tahun dijaga sepenuhnya oleh isteri yang merupakan seorang suri rumah.

Menurut isterinya, sudah tiga hari mereka terpaksa memberikan anak kecilnya air teh bagi menggantikan stok susu yang kehabisan.

Meskipun setiap malam anaknya menangis meminta susu, namun hanya teh yang dapat diberi sebagai ganti.

Mimi Liyana Daud@Yusuff selaku wakil Muslimat PAS Cawangan Taman Beringin, Kepong telah turun padang menyerahkan sumbangan susu tepung bersama barang keperluan dapur yang lain bagi meringankan beban keluarga ini ketika menziarahi mereka baru-baru ini.