Home Berita PAS Wilayah

PAS Batu Komited Jaga Kebajikan Rakyat

652
SHARE

BATU, 19 Mei – PAS Kawasan Batu terus komited menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di parlimen ini.

Baru – baru ini, pimpinan PAS Kawasan Batu yang diwakili oleh Haji Abu Bakar selaku Naib Yang DiPertua, Setiausaha, Encik Hishamudin bersama Encik Shukri dan isterinya, Puan Zurina iaitu AJK Kebajikan telah menziarahi Dr Mansuruddin Muhamad di Taman Koperasi Polis Fasa 2 yang uzur akibat kemalangan.

Dr Mansuruddin yang juga menghidap penyakit gout, memaklumkan bahawa aktiviti seharian beliau sedikit terbatas kerana berasa lemah di bahagian kaki.

Beliau yang begitu terharu dan bersyukur atas kunjungan dari wakil PAS Kawasan Batu berazam untuk mendaftar sebagai ahli PAS bersama isteri dan lima orang anaknya.

PAS Kawasan Batu mendoakan kesembuhan buat Dr Mansuruddin dan mengalu – alukan penyertaan beliau sekeluarga ke dalam organisasi ini.