Home Artikel PAS Wilayah

PAS Batu : Hari Nakhbah, 71 Tahun Dalam Sejarah

443
SHARE

15 MEI 1948 – 15 MEI 2019: HARI NAKBAH, 71 TAHUN DALAM SEJARAH

1. Hari ini, 10 Ramadan 1440 Hijrah, genap 71 tahun pengambilalihan tanah Palestin oleh rejim zionis Israel.

2. Hari Nakbah adalah hari yang wajib diingati oleh umat Islam khususnya kerana tarikh inilah permulaan kepada penderitaan saudara kita di bumi Palestine.

3. Sudah berpuluh puluh tahun rakyat Palestin menderita bermula dari diusir dari tanah air sendiri hinggalah dizalimi melalui serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Israel dan sekutunya. Sudah tidak terkira banyaknya rakyat Palestine telah di bunuh dengan kejam.

4. Justeru, PAS Kawasan Batu bersama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Kawasan Batu ingin mengajak umat Islam untuk sentiasa melontarkan doa dan Qunut Nazilah buat saudara kita di sana. Mohonlah doa agar mereka sentiasa diberi kekuatan dan pertolongan daripada Allah SWT serta dihancurkan pihak musuh yang amat zalim.

5. Jika mampu, teruslah memberikan sumbangan kewangan kepada NGO yang tidak putus – putus memberi bantuan kepada mereka.

6. Semoga sekecil kecil pertolongan ini diterima dan dikira oleh Allah SWT sebagai tanda cakna seorang Muslim kepada saudara Muslimnya yang lain, amin.

Daripada,

PAS KAWASAN BATU
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU

“Kita Sejahtera Bersama”
“Islam Memimpin”

👍🏻 Like | Share | Follow us:

Facebook :
PAS Kawasan Batu
https://www.facebook.com/paskawasanbatu/

Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu
https://www.facebook.com/pemudapaskawasanbatu/

Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu
https://www.facebook.com/dmpkbatu

Instagram :
BatuSejahtera
https://www.instagram.com/batusejahtera/
Channel Telegram :
P115 Parlimen Batu Sejahtera
https://t.me/P115ParlimenBatuSejahtera
Youtube :
Batu Sejahtera
https://www.youtube.com/channel/UCMMnGatOEg8zLl7cLxdel4Q