PAS Bantu Rakyat Selami Jiwa Masyarakat
PADANG RENGAS: Kematian adalah suatu ujian besar daripada Allah yang terpaksa dipikul oleh anggota keluarga khususnya menjelang Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.
Sesetengah pemimpin masyarakat menganggap kematian perkara yang mudah dilalui lantas tidak merasakan ia perlu diberikan sokongan serta kata semangat untuk meneruskan kehidupan .
Keprihatinan pemimpin PAS menyelami denyut perasaan ahli keluarga sehingga turut sama memandikan, mengkafankan dan sembahyangkan jenazah seperti yang dilakukan Dr Mohamad Azalan Radzi, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Rengas dan Ustaz Farid Faizi Azizan, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas.
Proses menguruskan jenazah di Masjid Taufiqiah Kampung Chuar Hulu berjalan lancar dengan kehadiran pimpinan PAS tersebut
Perkara tersebut menggambarkan kesediaan PAS untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira latar belakang politik.
Pada awal pagi Selasa, 23 Mei lalu” Encik Shahbudin Yahaya dari Kampung Chuar Hulu kehilangan anak lelaki beliau Shahrul Izwan, 14 tahun, pelajar autisme (inklusif pendidikan khas) Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong akibat positif leukemia.
Allahyarham adalah Johan Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) Pendidikan Khas dua tahun berturut-turut dan juga seorang pelajar cemerlang akademik aliran perdana.
{jathumbnail off}