Home Kenyataan Media PAS Selangor

PAS Bangi Menyokong Penuh Kerajaan Malaysia Baru: Mengajak Masyarakat Bekerjasama Demi Kestabilan Negara

597
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN BANGI

PAS BANGI MENYOKONG PENUH KERAJAAN MALAYSIA BARU: MENGAJAK MASYARAKAT BEKERJASAMA DEMI KESTABILAN NEGARA

2 Mac 2020 | 7 Rejab 1441 H


1. PAS Bangi menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk melantik YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Haji Mohammad Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 pada 29 Februari yang lalu.

2. PAS Bangi menegaskan dan bersetuju sepenuhnya kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang supaya kerajaan baru yang dibentuk melalui Perikatan Nasional menjadikan agenda rakyat seperti memantapkan ekonomi, memelihara kestabilan politik serta menjaga keharmonian masyarakat majmuk yang ada di Malaysia sebagai prioriti utama dalam pentadbiran.

3. Fasa sekarang adalah usaha untuk memulihkan negara setelah kejatuhan pimpinan Pakatan Harapan yang didominasi DAP, yang banyak menggugat keamanan kaum juga kestabilan negara. Oleh itu, sinergi dan gerak kerja bersama diperlukan bagi memulihkan kembali kestabilan di negara tercinta.

4. Justeru, PAS Bangi mengajak semua pihak agar berganding bahu selepas seminggu Malaysia berada dalam konflik politik yang menyesakkan untuk sama-sama kerajaan Perikatan Nasional bagi membina negara kearah yang lebih baik, serta mengenepikan perbezaan pandangan dan ideologi politik dalam membina negara bangsa yang sejahtera.

5. PAS Bangi, dengan kerjasama Muafakat Nasional Bangi sentiasa berbesar hati untuk membantu Kerajaan Persekutuan dalam menyampaikan agenda dan dasar kerajaan baru kepada rakyat. Kami juga bersedia menjadi mata dan telinga rakyat agar kebajikan rakyat terutama warga Parlimen Bangi terjaga.

6. Untuk semua rakyat di Bangi, marilah bersama-sama Muafakat Nasional serta kerajaan Malaysia Baharu dalam membina Malaysia yang lebih baik. Ketepikan segala perbezaan politik. Ayuh bersama menuju ke arah Malaysia dan Bangi yang lebih sejahtera.

Muafakat Membawa Berkat
Muafakat Nasional Demi Rakyat

Ust Shafie Ngah
Yang Dipertua
PAS Kawasan Bangi