Home Artikel PAS Selangor

PAS Bangi Maksimum Bantu Golongan Memerlukan di Bulan Ramadhan

317
SHARE


BANGI, 30 MEI: Golongan memerlukan di Parlimen Bangi terus menerima pelbagai bantuan dari PAS Kawasan Bangi untuk membantu meringankan beban kehidupan hari ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bangi (DMPKB), Hamsatul Hamzah berkata, bantuan itu meliputi pelbagai aspek seperti keperluan asas rumah, kewangan dan kemudahan hospital seperti kerusi roda.

Hamsatul berkata, sebilangan besar bantuan disalurkan kepada ibu tunggal, golongan asnaf dan Orang Kelainan Upaya (OKU)

“Sempena bulan Ramadhan ini, kami telah sedaya upaya memaksimumkan usaha untuk memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan” Katanya.

Beberapa cawangan di dalam Parlimen Bangi yang merangkumi DUN Kajang, DUN Sg Ramal dan DUN Balakong, di antaranya adalah Taman Jasmin, Saujana Impian, Seksyen 1, Taman Cheras Utama, Seksyen 4, Seksyen 7, Taman Mesra Kajang, Seksyen 5, Taman Bukit Mewah, Kampung Sungai Kantan, Taman Sri Jelok, Bandar Teknologi Kajang dan Kampung Sungai Jerneh Kajang telah diziarahi dan disantuni oleh PAS Kawasan Bangi melalui program Anda Di Hati Kami (ADHK).

Turut hadir dalam sesi ziarah tersebut adalah muslimat dan ahli PAS cawangan masing-masing.