Home Berita PAS Wilayah

PAS Bandar Tun Razak Ziarah Penduduk Cina Taman Bukit Anggerik

982
SHARE

27 Feb, Cheras – PAS Bandar Tun Razak telah menjalankan ziarah Al-Malak untuk mendekati masyarakat Cina di Taman Bukit Anggerik.

Program ini merupakan kesinambungan daripada program Pertunjukkan Tarian Singa dan Edaran Limau untuk mendekati masyarakat tempatan khususnya penduduk cina.

Penerimaan yang diberikan masyarakat Cina kepada PAS Bandar Tun Razak semakin mendapat sambutan.

Turut serta dalam program ziarah ini ialah Dr Rosni Adam, selaku Ketua Lajnah Kebajikan PAS Pusat merangkap Ketua Muslimat PAS Bandar Tun Razak.

PAS Bandar Tun Razak tetap optimis dalam mendekati dan menyelami masalah masyarakat di Bandar Tun Razak tanpa mengira kaum dan bangsa.

Semoga program ziarah ini sedikit sebanyak dapat merapatkan lagi hubungan kaum Cina dengan PAS Bandar Tun Razak.