Home Berita PAS Wilayah

PAS Bandar Tun Razak Santuni Masyarakat Cina Alam Damai

892
SHARE

Oleh : Muhammad Irwan

25 Februari 2018, Cheras : Bersempena Perayaan Tahun Baru Cina, PAS Bandar Tun Razak menganjurkan Pertunjukkan Tarian Singa dan Edaran Limau di Pasar Pagi Alam Damai, Cheras.

Turut hadir dalam program ini adalah Yang Dipertua PAS Bandar Tun Razak, En Shukor Bin Md Aziz, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Bandar Tun Razak, Hj Halid Bin Basir dan Saudara Choong Kon Soon selaku Pengerusi Persatuan Peniaga Cina Pasar Alam Damai.

Bertepatan dengan konsep “Budaya Politik Matang dan Sejahtera”, pengunjung pasar tersebut yang majoritinya adalah kaum cina tidak menyangka bahawa PAS Bandar Tun Razak boleh mengadakan pertunjukkan tarian singa di samping memberikan limau kepada mereka.

Para peniaga juga turut menyatakan sokongan mereka kepada PAS Bandar Tun Razak dalam Pilihanraya Umum ke-14. Selain itu, mereka turut menyatakan permasalahan yang dihadapi mereka, antaranya adalah masalah bekalan air yang sering terganggu.

Masalah ini telah menganggu urusan perniagaan harian mereka. Pihak berkuasa hendaklah memantau dan menyelesaikan masalah ini untuk memudahkan urusan peniaga-peniaga di pasar tersebut.

Mereka turut berharap PAS Bandar Tun Razak dapat membantu mereka dengan cadangan solusi yang mereka berikan sekiranya mendapat mandat semasa PRU-14 kelak.