Home Berita PAS Wilayah

PAS Bandar Tun Razak Bantu OKU Viral Berpindah

374
SHARE

Perumpaaan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing diterjemah oleh ahli PAS Bandar Tun Razak (BTR) melalui Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan (LKKP) BTR dan Jabatan Amal BTR hari ini.

Pasangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang pernah viral menjual kebab secara atas talian untuk menampung perbelanjaan harian telah mendapat rumah sewa bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di PPR Kerinchi.

Bagi pasangan ini, kadar sewaan rumah mereka sebelum ini menyebabkan mereka memohon untuk mendapatkan slot sewaan PPR bawah DBKL kerana kadar sewaan lebih rendah.