Home Berita PAS Sabah

PAS Apas serah dana untuk PRN Sabah

669
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
26 Ogos 2020

TAWAU : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Cawangan Batu 2 Jalan Apas telah menyerahkan sumbangan dana Pilihan Raya berjumlah RM 2,600 kepada PAS Kawasan Tawau pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tawau kali ke-32 bertempat di Hotel De’Choice, ahad lalu.

Penyerahan sumbangan berupa cek cura diserahkan oleh Ketua Cawangan, Amboasse Ramano kepada Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Tawau, Suhazman Sudirman disaksikan oleh YDP PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husain.

Menurut Amboasse, dana tersebut adalah hasil kutipan dan tabungan daripada ahli-ahli cawangan PAS Batu 2 untuk digunakan pada PRN Sabah, dijangka 26 September ini.

“Usaha ini sedikit sebanyak dapat mendidik dan melatih ahli-ahli cawangan untuk menginfakkan diri, tenaga, masa dan harta untuk ummah” katanya.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Timbalan YDP PAS Kawasan Tawau, Cikgu Nasir Che Ali dan Setiausaha PAS Tawau, Ustaz Razali Sani.