Home Berita PAS Sabah

PAS anjur program iftar dan sumbangan bakul makanan

170
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
2 April 2023

KOTA KINABALU: PAS Negeri Sabah melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) telah menganjurkan program iftar dan sumbangan bakul makanan di Surau Al Hidayah Kampung Nalap, Menggatal dekat sini, kelmarin.

Pengerusinya, Abdul Muien Mohd Noor berkata, mengambil semangat Ramadan, pihaknya sentiasa berusaha menyantuni masyarakat yang kurang berkemampuan.

“Kita akan berusaha menjadi ejen dalam kerja-kerja kebajikan yang tidak fokus kepada musim-musim tertentu sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan buat semua penyumbang yang telah menyumbang dalam menjayakan program-program LKKPS.

Dalam majlis berkenaan, ADUN Penaga, YB. Yusni Mat Piah berkesempatan menghadiri dan menyampaikan tazkirah Ramadan sebelum berbuka puasa.

Beliau mengajak penduduk Kampung agar sama-sama mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah terutama dalam bulan Ramadan.

“Ambiklah peluangi ini, rebutlah untuk kita perbanyakkan amalan kita dengan bersungguh-sungguh,” kata YB Yusni.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah ADUN (DILANTIK) Negeri Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan, Pengerusi Sabah Relief, Muhammad Afiq Nordin dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Prihatin Anak-Anak Sepanggar (PERKEPS), Hasruddin Syamsuddin.

Program Iftar LKKPS seterusnya akan dilaksanakan di dua lagi kawasan iaitu Tambunan dan Kinabatangan, Sabah.