Home Berita PAS Terengganu

PAS angkat calon profesional pertahan kubu Bukit Tunggal

105
SHARE

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-malaysia (PAS) meletakkan calon Profesional Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sr Zaharuddin Zahid bagi mempertahankan kubu Bukit Tunggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Zaharuddin berkata, beliau sangat menghormati jasa dan pengorbanan yang telah dilaksanakan oleh Mantan ADUN Bukit Tunggal, Dato’ Dr Alias Razak sepanjang bekerja untuk rakyat di DUN ini.

Katanya, beliau akan memastikan Bukit Tunggal tidak akan ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Pelbagai perkara yang ingin saya mengambil perhatian lebih awal jika diberi mandat untuk saya menjadi pemimpin di sini.

“Antaranya berkaitan Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, membangunkan industri di pesisiran pantai dan pelbagai lagi,” katanya ketika Wawancara Bersama Calon N12 Bukit Tunggal di sini, semalam.

Tambah Sr Zaharuddin, harapannya agar semua pengundi di N12 DUN Bukit Tunggal bersama-sama mempertahankan kemenangan PAS dalam usaha memberi ‘signal’ sebagai reaksi rakyat terhadap kerosakan yang berlaku dalam negara sekarang.

“Walaupun kita bertanding di peringkat negeri namun keputusan enam negeri ini mampu memberi kejutan kepada kerajaan pusat.

“Sekali gus, ia dapat memberi amaran kepada kerajaan pusat agar segera memperbaiki perkara yang menjadi harapan rakyat.

“Saya memohon sekali lagi kepada semua pengundi yang berada di dalam dan luar negeri supaya pulang mengundi.

“Di samping, kita dapat menunaikan tanggungjawab kita kepada agama, negara dan juga negeri,” ujarnya.