Home Berita PAS Selangor

PAS Ampang sentiasa sedia membantu mereka yang dalam kesusahan – PAS Kawasan Ampang

22
SHARE

May be an image of 4 people, people standing and text that says "y Tal39 1 PAS KAWASAN AMPANG Pusat Khidmat PAS Ampang 03-42934371"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | PAS Kawasan Ampang termasuk Jabatan Amal Kawasan dan Pemuda Kawasan terus istiqamah dalam memberi khidmat bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan berbentuk bekalan makanan asas, lampin pakai buang dan susu bayi telah diberikan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan itu mengikut keperluan masing-masing.

Setelah permohonan dan maklumat diterima, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyalurkan bantuan tersebut secepat mungkin kerana permohonan yang dibuat pastinya bermaksud para pemohon sangat memerlukan bantuan. PAS Kawasan Ampang sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.

Pesanan PAS Kawasan Ampang, kepada sesiapa yang duduk dalam kawasan Parlimen Ampang dan terputus bekalan makanan boleh hubungi Pusat Khdimat PAS Ampang 03-42934371 atau WhatsApp 019-2482998.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor