MARANG – Papan Tanda amaran berkaitan amalan homoseksual yang dipasang di beberapa lokasi strategik di negeri ini, sememangnya bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap perbuatan tersebut dalam kalangan masyarakat.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Dato’ Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, paparan tersebut yang mengandungi ayat al-Quran yang menerangkan larangan Allah kepada manusia daripada menjadi golongan terbabit.
“Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) pasang ‘sign board’ memberi ingatan kepada orang Islam agar tidak menyalurkan nafsu kepada cara yang tidak dibenarkan,
“saya kata ya, kerajaan memang pasang untuk menzahirkan syiar Islam, dakwah kepada masyarakat, dan memang tujuan supaya rakyat benci kepada homoseksual, bukan benci kepada orang,” tegasnya.
Beliau yang juga Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Kerajaan Negeri berkata demikan kaitia berucap pada program Ceramah Pasca Sidang DUN di sini pada Sabtu, 17 Mei.
Menurutnya, amalan ‘luar tabii’ melakukan seks sesama gender adalah perbuatan yang dikutuk dan dilaknat oleh Allah SWT.
“Alhamdulillah, perkara ini mendapat sokongan positif daripada orang ramai, rakyat Terengganu dan juga orang luar,
“ini adalah salah satu daripada cara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) cara kerajaan PAS untuk menjaga agama rakyat, salah satu daripada ‘Maqasid Syariah’,” jelas beliau.