Home Artikel PAS Selangor

Panduan Pengurusan Organisasi Cemerlang Lewat Kisah Nabi Sulaiman

142 views
SHARE

Prima Saujana, 14 April 2019 – Hari ini Lajnah Politik & Pemerkasaan Organisasi (LPPO) Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat menganjurkan program Pengurusan Organisasi & Adab Berjemaah sebagai salah satu usaha berterusan melengkapkan ahli dengan ilmu dan kemahiran berorganisasi.

Melalui program ini, Ustaz Zaharuddin b Muhammad, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS merangkap YDP PAS Subang berkongsi 8 ciri pemimpin cemerlang; ibrah dari pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis dalam surah Al-Naml, di samping contoh dari Sirah Rasulullah.

Ciri pemimpin cemerlang ini adalah
1. Tegas dan mendisiplinkan jentera
2. Tabayun setiap berita yang diterima
3. Mempunyai pasukan penyelidik
4. Menitikberatkan amalan syura
5. Berjiwa besar & mempertimbangkan semua hujah hatta dari orang bawahan
6. Tidak menerima habuan atau hadiah
7. Menjaga statement & mementingkan penyelesaian damai
8. Tidak megah dengan kedudukan

 

Sebanyak 18 buah cawangan daripada 23 buah cawangan hadir terdiri daripada AJK Jawatankuasa Muslimat Cawangan (JMC) yang dilantik pada AGM baru-baru ini.

Pendedahan tentang pengurusan organisasi dan adab berjemaah kepada ahli jawatankuasa cawangan yang baru sangat membantu dari sudut pentadbiran JMC di masa hadapan agar lebih sistematik dan berkesan.

Semoga program ini dapat menguatkan lagi pengetahuan dan kemahiran berorganisasi di kalangan muslimat lebih-lebih lagi di peringkat akar umbi sekaligus mempersiapkan diri untuk menjadi kerajaan di masa akan datang.