Home Fastaqim

Pandu Kebangkitan Anak Muda Dengan Islam

4460
SHARE

Pandu Kebangkitan Anak Muda Dengan Islam

Oleh : Zaim As-Sibaie

Kuala Nerus, 30 Sept – “Anak muda jangan leka dan hanyut dengan dunia,” demikian pesanan Ustaz Dusuki Abdul Rani lewat petang tadi.

Beliau mengingatkan kepada semua supaya jangan terpedaya dengan mereka yang mengungkapkan hidup hanya sekali, jadi mesti berseronok.

“Dalam Islam mengajar kita supaya mengambil manfaat ketika usia muda, ini kerana orang muda hidup dalam keadaan teguh, kuat dan tak pernah terusik dengan kepentingan dunia,” ujarnya.

Tambahnya lagi, anak muda mesti dibawa mengingati Allah, dan jangan hidup dalam suasana kebendaan dan kenafsuan.

Seterusnya beliau mengajak semua anak muda supaya menjadikan para sahabat Rasulul sebagai rujukan.

“Ketahuilah dunia bukan keutamaan, akhirat kemuliaan,” tegasnya dalam forum Santai Awok Kite Boleh Harap.

Diakhir ucapannya, Ustaz Dusuki turut mengingatkan bahawa perlunya kembali kepada Al-Quran dan Hadis, serta jangan terperangkap dengan ideologi-ideologi masa kini yang menyesatkan.