Home Berita PAS Sabah

Pandikar Amin cabar Kit Siang, Anwar debat terbuka.

4177
SHARE

Oleh : Mustaman Mustain
8 Mei 2019

SANDAKAN : Presiden USBO, Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia dalam satu ceramah PRK Sandakan di Taman Indah Jaya, dekat sini semalam mencabar Penasihat Dap, Lim Kit Siang dan Presiden Pkr, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berdebat secara terbuka.

Menurutnya, debat itu berkisar isu politik nasional dan tempatan Sabah yang menjadi persoalan daripada kedua belah pihak selama ini.

“Saya dulu jadi Speaker (parlimen) selama 10 tahun, saya sudah banyak dengar hujah mereka, sekarang mari kita debat, mereka dengar hujah saya pula,” kata Pandikar.

“Saya pelik sama ini Kit Siang, dulu dia kritik Mahathir kerana skandal BMF, tapi sekarang bila anaknya (Lim Guan Eng) dilantik jadi Menteri Kewangan dia senyap,” ulasnya lagi.

“Saya tengok kerosakan dan janji mereka yang tidak ditepati selepas jadi kerajaan, sebab itulah saya bangun bergiat semula dalam politik kerana melihat apa yang mereka lakukan,” tambahnya.

Dalam ceramah tersebut, Pandikar turut mencabar pemimpin utama Ph yang lain termasuk Presiden Pan, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng untuk berdebat secara terbuka dengan beliau.

Ceramah yang dihadiri orang ramai itu turut disertai oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, Naib Presiden PBS, Datuk Johnny Mositun, Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim dan beberapa orang pimpinan UMNO, PBS dan PAS.