Home Berita PAS Terengganu

Pandang serius isu cabar Kanun Jenayah Syariah Kelantan

19
SHARE

KUALA NERUS – Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius isu mencabar Kanun Syariah Kelantan yang sedang berlangsung
di Mahkamah Persekutuan.

Mengulas lanjut, Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT), Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata jika diperhalusi sebenarnya terdapat beberapa peruntukan dalam enakmen Kanun Syariah Negeri Terengganu hampir sama dengan peruntukan yang dicabar.

“Justeru, sedikit sebanyak, keputusan kepada kes itu akan memberi
impak atau kesan kepada Perundangan Syariah di negeri ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Wacana Perundangan Syariah Terengganu yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Kuala Nerus pada Khamis, 16 September.

Menurutnya, program itu bertujuan untuk mengajak seluruh umat Islam agar bersama-sama mempertahankan hak
berkaitan Undang-Undang Syariah di Malaysia.

“Di samping menunjukkan kesatuan umat Islam dalam menanggani isu-isu
yang timbul berkaitan kes Enakmen Syariah di Malaysia,” katanya lagi.