Home Rencana PAS Wilayah

Palestin- Isu Akidah Umat Islam

348
SHARE

سبحن الَّذِيْٓ اَسْرٰى بِعَبْدِهٖ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَا الَّذِيْ بٰرَكْنَا حَوْلَهٗ لِنُرِيَهٗ مِنْ اٰيٰتِنَاۗ اِنَّهٗ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ1
 Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.
Baru-baru ini ada penganjur yang membuat himpunan solidariti untuk Palestin tetapi pelbagai larangan yang tidak munasabah seperti dilarang bertakbir dan dihalang menaikkan poster presiden Israel yang selayaknya dihina.
Bagaimana menunjukkan solidariti terhadap umat Islam di Palestin tetapi dilarang membesarkan Allah walau mengaku menyembah Allah. Membela umat Islam yang terbunuh tetapi tidak boleh mengecam si pembunuh?
Isu umat Islam di seluruh dunia, terutamanya di Palestin adalah isu akidah seperti yang selalu disebut oleh Almarhum Syeikh Yusuf Qardhawi. Inilah yang selalu dilupakan umat Islam kini, seperti dikehendaki oleh dunia barat.
Jika pembantaian saudara kita di Palestin ditanggapi sebagai isu akidah seluruh umat Islam di dunia khususnya di negara kita, pastilah lebih kita rasakan kesengsaraan saudara kita di sana, dan lebih mudah untuk kita kenal siapa musuh yang sebenar.
Umat Islam diingatkan juga untuk menghalang anasir-anasir luar yang berpengaruh buruk terutamanya terhadap golongan muda Muslim yang melemahkan keimanan dan kepedulian terhadap umat Islam yang lain.
Kita di sini wajib menguatkan ikatan akidah dan iman yang kuat, agar tidak terjerumus ke perangkap musuh umat Islam yang akhirnya kita takut umat Islam tidak kenal lagi agenda musuh yang sebenar dan hanya mengikut trend kemanusiaan semata-mata .
Ustaz Beyhaqi Bin Ramli
Pengerusi AKTAR DPPWM