Minda Presiden PAS
[Bil: 71 / 2025]
PAKATAN ABRAHAM AGAMA SESAT BERSAMA PAKATAN AHZAB
Islam adalah petunjuk Allah yang sempurna, tidak boleh dipenuhi oleh semua ajaran yang lain, sama ada yang dinamakan agama atau ideologi.
Islam ialah al-din daripada Allah, menjadi ikutan seluruh alam dan para anbiya’ yang ditugaskan membawanya kepada umat manusia. Semua nabi dan rasul adalah menganut Islam. Firman Allah SWT:
أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ ٨٣ قُلۡ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ٨٤ وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ ٨٥
“Maka, apakah mereka mencari agama selain daripada agama Allah (Islam), padahal kepada-Nya jua menyerahkan diri (Islam) segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik secara sukarela mahupun terpaksa (mengikut fitrah), dan hanya kepada Allah jua mereka dikembalikan. (83) Katakanlah, ‘Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma‘il, Ishaq, Ya‘qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ‘Isa dan para nabi daripada Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka dan hanya kepada-Nya jua kami menyerahkan diri.’ (84); Sesiapa mencari agama selain daripada agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (85)” [Surah Ali ‘Imran: 83-85]
Maka, dakwaan yang menyatakan bahawa semua agama berasal daripada Ibrahim AS adalah suatu perkara yang salah dan sesat. Semua agama mengaku berasal daripada ajaran Ibrahim AS. Bermula daripada pengikut Yahudi sehinggalah golongan Kristian dan Musyrikin.
Allah SWT mendedahkan kesesatan mereka dengan firman-Nya:
مَا كَانَ إِبۡرَٰهِيمُ يَهُودِيّٗا وَلَا نَصۡرَانِيّٗا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفٗا مُّسۡلِمٗا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٦٧ إِنَّ أَوۡلَى ٱلنَّاسِ بِإِبۡرَٰهِيمَ لَلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُ وَهَٰذَا ٱلنَّبِيُّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْۗ وَٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٦٨
“Bukanlah Ibrahim itu seorang Yahudi, dan bukan (pula) seorang Nasrani, tetapi dia seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah termasuk golongan orang Musyrik. (67); Sesungguhnya, orang-orang yang hampir sekali kepada Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (kepada Muhammad). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman. (68)” [Surah Ali ‘Imran: 67-68]
Mutakhir ini, terdapat kalangan yang hendak menyatukan agama atas tujuan perdamaian dunia dengan teori ajaran Abraham berdasarkan sejarah yang salah.
Allah SWT menjanjikan kepada Ibrahim AS menjadi pemimpin manusia dengan prinsip yang nyata, hal ini sebagaimana firman-Nya:
۞وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِـۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِي ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٢٤
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku akan menjadikanmu imam (pemimpin) bagi seluruh manusia.’ Ibrahim berkata, ‘(Dan aku memohon juga) daripada keturunanku.’ Allah berfirman, ‘Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim.’” [Surah al-Baqarah: 124]
Allah menafikan bagi orang yang zalim menjadi pemimpin yang berhak menerima kelebihan daripada-Nya. Ditegaskan dalam ayat yang lain mengenai pemimpin daripada kalangan Bani Isra’il, firman Allah SWT:
وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ فَلَا تَكُن فِي مِرۡيَةٖ مِّن لِّقَآئِهِۦۖ وَجَعَلۡنَٰهُ هُدٗى لِّبَنِيٓ إِسۡرَآءِيلَ ٢٣ وَجَعَلۡنَا مِنۡهُمۡ أَئِمَّةٗ يَهۡدُونَ بِأَمۡرِنَا لَمَّا صَبَرُواْۖ وَكَانُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا يُوقِنُونَ ٢٤
“Dan sesungguhnya, Kami telah kurniakan al-Kitab (Taurat) kepada Musa (sebagaimana Kami mengurniakan al-Quran kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah kamu (Muhammad) meragui bahawa Musa bertemu dengan Allah (untuk menerima Taurat itu) dan Kami jadikan Taurat itu petunjuk bagi Bani Isra’il. (23) Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami. (24)” [Surah al-Sajdah: 23-24]
Ayat di atas menyatakan ciri-ciri mereka yang sabar, beramal soleh dan berjuang, seterusnya meyakini kitab Allah yang diwahyukan kepada Rasul mereka.
Apabila mereka tidak sedia berjihad untuk menegakkan agama Allah bagi membebaskan Palestin, hal itu menjadikan mereka tidak layak sehingga disesatkan selama 40 tahun lamanya di padang pasir. Hal ini demikian kerana, mereka telah mempermainkan Nabi Musa dan Nabi Harun AS yang mengajak mereka berjihad bagi membebaskan Palestin daripada musuh yang menjajah.
Firman Allah SWT:
قَالُواْ يَٰمُوسَىٰٓ إِنَّا لَن نَّدۡخُلَهَآ أَبَدٗا مَّا دَامُواْ فِيهَا فَٱذۡهَبۡ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَٰتِلَآ إِنَّا هَٰهُنَا قَٰعِدُونَ ٢٤ قَالَ رَبِّ إِنِّي لَآ أَمۡلِكُ إِلَّا نَفۡسِي وَأَخِيۖ فَٱفۡرُقۡ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡفَٰسِقِينَ ٢٥ قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيۡهِمۡۛ أَرۡبَعِينَ سَنَةٗۛ يَتِيهُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِۚ فَلَا تَأۡسَ عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡفَٰسِقِينَ ٢٦
“Mereka berkata, Wahai Musa, kami sekali-kali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada di dalamnya, oleh itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja.’ (24) Berkata Musa. ‘Wahai Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Oleh sebab itu, pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasiq itu.’ (25) Allah berfirman, ‘(Jika demikian), maka sesungguhnya, negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan sesat berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tih) itu. Maka, janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasiq itu.’ (26)” [Surah al-Ma’idah: 24-26]
Apabila mereka hanya membawa kitab Taurat tetapi tidak beramal, maka Allah membandingkan mereka itu laksana binatang keldai yang bodoh. Firman Allah SWT:
مَثَلُ ٱلَّذِينَ حُمِّلُواْ ٱلتَّوۡرَىٰةَ ثُمَّ لَمۡ يَحۡمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلۡحِمَارِ يَحۡمِلُ أَسۡفَارَۢاۚ بِئۡسَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٥
“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepada mereka Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” [Surah al-Jumu‘ah: 5]
Maka, kini mereka tidak berhak berada di bumi anbiya’ disebabkan kesesatan dan kezaliman yang paling melampau dalam sejarah manusia dengan membunuh para anbiya’. Dan kini disaksikan oleh seluruh dunia bahawa mereka sedang melakukan keganasan paling kejam, sehingga layak menjadi umat yang dilaknat dan dimurkai oleh Allah.
Maka, menggunakan jenama Nabi Ibrahim AS sehingga menggaulkan semua agama adalah suatu ajaran sesat. Justeru, mereka layak dihalau keluar dari bumi Palestin dan menjadi hukuman Allah ke atas mereka melalui umat Islam pada akhir zaman.
Kini, dijadikan alasan ditandatangani perjanjian normalisasi hubungan diplomatik antara negara haram Israel dengan negara-negara seperti UAE dan Bahrain pada tahun 2020 yang lalu. Agenda normalisasi ini diusahakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Jared Khusner yang dikenali sebagai Abraham Accords.
Dalam teks deklarasi perjanjian tersebut yang diterbitkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, dinyatakan bahawa, ‘Kami menggalakkan usaha untuk menyokong dialog antara budaya dan agama untuk memajukan budaya keamanan antara tiga agama Abraham dan semua umat manusia.’
Secara zahirnya, teks deklarasi perjanjian tersebut mempunyai mesej terselindung berkenaan Abrahamic Religion yang akan diusahakan untuk menyatukan ketiga-tiga agama samawi ini di bawah satu agama.
Kumpulan Yahudi Zionis berjuang untuk menubuhkan sebuah negara besar tunggal (Israel Agung), bagi mengembalikan semula kerajaan Nabi Sulaiman AS yang memerintah dunia berpusat Jerusalem (Bait al-Maqdis) di bumi Palestin, tanah suci para anbiya’ daripada zuriat Ibrahim AS.
Mereka sedang mengulangi penubuhan bala tentera Ahzab yang dilakukan pada zaman Rasulullah SAW dan menjadi ujian kepada umat Islam. Firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ جَآءَتۡكُمۡ جُنُودٞ فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِيحٗا وَجُنُودٗا لَّمۡ تَرَوۡهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا ٩ إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠ ١٠ هُنَالِكَ ٱبۡتُلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالٗا شَدِيدٗا ١١ وَإِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورٗا ١٢
“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan ni‘mat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (9) (Iaitu) ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah kamu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan (kamu) dan hati kamu naik menyesak sampai di tenggorokan, dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. (10) Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat dahsyat. (11) Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hati mereka berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya.’ (12)” [Surah al-Ahzab: 9-12]
Bala tentera Ahzab terkini mengumpulkan bersama Yahudi Zionis bersama negara besar Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan beberapa negara di bawah jajahan takluknya. Mereka sedang mengepung Gaza, sebuah wilayah yang kecil di bumi Palestin yang telah berjaya dibebaskan oleh kumpulan Islam, sehingga keadaan ini menjadi ujian kepada seluruh negara Islam dan umatnya.
Ada kalangan yang munafik bertindak melakukan normalisasi, manakala kalangan yang lemah imannya pula dengan berbagai-bagai alasan. Allah SWT berfirman kepada seluruh umat:
بَشِّرِ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا ١٣٨ ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ فَإِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعٗا ١٣٩
“Khabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih. (138) (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Adakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka, sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. (139)” [Surah al-Nisa’: 138-139]
Namun, Allah menetapkan adanya umat Islam yang berjihad menentang musuhnya dengan gagah perkasa dan beristiqamah. Firman Allah SWT:
وَلَمَّا رَءَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ قَالُواْ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا ٢٢ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣ لِّيَجۡزِيَ ٱللَّهُ ٱلصَّـٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ إِن شَآءَ أَوۡ يَتُوبَ عَلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ٢٤
“Dan tatkala orang-orang Mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata, ‘Inilah yang dijanjikan Allah dan rasul-Nya kepada kita.’ Dan benarlah Allah dan rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali keimanan dan ketundukan. (22) Antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka antara mereka ada yang gugur. Dan antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak mengubah (janjinya). (23) Supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan menyeksa orang munafiq jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (24)” [Surah al-Ahzab: 22-24]
Kesimpulannya, umat Islam menghadapi dua serangan, iaitu melalui serangan bala tentera Ahzab yang bersenjata dan serangan pemikiran ajaran sesat Pakatan Abraham. Kedua-duanya akan dapat dikalahkan dengan izin Allah.
Al-Quran menjadi petunjuk sepanjang jalan, adapun jihad pula menjadi perjalanan bagi mencapai kemenangan dunia dan akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Rabi‘ al-Akhir 1446 / 6 Oktober 2025