Home Berita PAS Pahang

Pahang berpotensi menjadi pengeluar tenaga solar terbesar

291
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 11 Mei – Pahang berpotensi untuk menjadi negeri pengeluar tenaga solar terbesar di semananjung dengan adanya keluasan tanah luas milik kerajaan yang belum diusahakan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu berkata demikian di Persidangan Dewan Negeri di Wisma Sri Pahang kelmarin.

“Dunia sedang berdepan dengan suasana yang tidak menentu, dari segi iklim dan cuaca, kita perlu ambil peluang yang terbaik untuk terlibat menerokai peluang baru ke arah pengeluar ataupun negeri yang penyumbang utama kepada renewable energy yang baik untuk semenanjung Malaysia.

“Antara perkara yang ditekankan dalam renewable energy Transition Roadmap ini adalah berkaitan dengan penjanaan tenaga elektrik menggunakan solar.

“Selain dari tanah yang luas, kita punya tasik yang luas serta ada floating solar farm (teknologi panel solar terapung) sekarang, maka saya cadangkan agar kerajaan mengambil peluang untuk mengusahakannya dengan menawarkan peluang kepada pelabur-pelabur supaya mereka boleh menerokai peluang ini,” katanya.

Tambahnya lagi seiring dengan aspirasi negara ke arah negeri yang mengeluarkan carbon yang rendah, maka kerajaan perlu memberi perhatian yang serius mengenai saranan ini.

Tegasnya lagi cadangan ini juga adalah sebagai menyahut saranan Titah Paduka Baginda Raja Pahang semasa pembukaan dewan agar kerajaan membuka peluang kepada pelabur tempatan dan pelabur asing untuk membuka dan meneroka peluang perniagaan di negeri Pahang.

Semasa pengulungan exco, beliau telah mencelah dan mencadangkan agar Pahang mewujudkan satu master plan atau satu polisi ke arah renewable energy  agar menjadi hala tuju negeri Pahang untuk merangsang industri ini.