Home Berita PAS Perak

Padang Futsal Sayong Lembah Retak Seribu

1043
SHARE

COURT FUTSAL SAYONG LEMBAH RETAK SERIBU!!!


Dewan Pemuda terpanggil untuk melihat isu court futsal yang telah terbiar sekian lama. Dahulunya court ini menjadi tumpuan anak-anak muda berkumpul beriadah,kini seolah2 tidak lagi diambil peduli.

Keadaan court yang terbiar ini telah rosak, retak dan dipenuhi semak-samun.

Di manakah silapnya?
Siapakah yang bertanggungjawab menjaga dan menyelenggara court ini?
Siapakah yang sepatutnya dipersalahkan?

Skuad Dewan Pemuda,Lujnah Sukan meninjau keadaan sekeliling court futsal tersebut dan sempat menemuramah seorang anak muda tempatan Sayong Lembah yang dikenali dgn panggilan Wan.

” dulu memang kami semua main futsal di sini, hampir 2 tahun court ni tak beroperasi, lampu spot light pun dah tak bernyala, pagar sentiasa berkunci, padang retak teruk, “

Dimaklumkan juga bahawa dahulunya court futsal ini menjadi tumpuan anak-anak muda termasuk Pelajar-pelajar USAS dan Kolej komuniti yang menyewa untuk bermain futsal. Secara tidak langsung apabila tidak beroperasi, court futsal tidak lagi memberi sumbangan pendapatan kepada kampung seperti sebelum-sebelum ini.

Bagi anak-anak muda tempatan pula,kini terpaksa mengeluarkan kos sendiri yang tinggi untuk bermain di luar Sayong Lembah.

Amat rugi sekiranya court futsal yang telah diwujudkan di Sayong Lembah ini tidak dimanfaatkan dengan baik.

Dewan Pemuda PAS prihatin tentang keadaan ini dan amat berharap agar pihak berwajib mengambil inisiatif untuk memulih dan menyelenggara semula court futsal ini bagi kemudahan anak-anak muda Sayong Lembah.

Dewan Pemuda PAS bimbang sejak kebelakangan ini, kadar jenayah, pergaulan sosial dan kemaksiatan yang semakin berleluasa sekiranya kita tidak memberi alternatif kepada anak-anak muda memilih tentang pengamalan gaya hidup yang sihat.

Lajnah Sukan & Kebudayaan Dewan Pemuda Kuala Kangsar.
PAS Prihatin

{jathumbnail off}