Home Berita PAS Pulau Pinang

PACA: Benteng terakhir PAS bersiap siaga

3599
SHARE

Berita Oleh : Ahmad Iskandaraniy Ziaul Haq

Bayan Baru, 12 April 2018: Jentera ‘Polling Agent & Counting Agent’ (PACA) merupakan benteng terakhir PAS dalam tugas pilihan raya yang berfungsi menjamin integriti kertas undi.

Atas kepentingan itu, Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang telah mengadakan kursus PACA yang dikendalikan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Cawangan Pulau Pinang (SPR) sebagai persiapan menghadapi PRU 14 di Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru, pada 12 April yang lepas.

Kehadiran luar jangka ahli jentera PACA pada taklimat itu menunjukkan mereka begitu komited untuk mengoptimakan faktor kemenangan di Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang (JPrN), Tuan Bukhori Hj.Ghazali turut menyentuh bagaimana kursus ini memberikan peluang kepada para petugas untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat daripada pihak berauthoriti.

Selain itu, ini juga menjadi salah satu usaha JPrN membina keyakinan pada para petugas dalam mengoptimakan faktor kemenangan.

Kursus ini turut menjadi medan JPrN meningkatkan kerjasama antara PAS dan SPR mengenai aspek-aspek teknikal dalam pilihanraya .

Majlis taklimat tersebut telah disempurnakan oleh wakil dari SPR Cawangan Pulau Pinang serta Pengarahnya iaitu Hj Ahmad Fuad.
“PACA adalah benteng terakhir yang bertindak sebagai mata dan telinga semasa proses pengundian.

“Kita berhak membantah jika berlaku sesuatu yang bertentangan dengan etika pengundian,” tegas beliau.

Turut hadir dimajlis ini adalah PACA dari seluruh kawasan di negeri Pulau Pinang