KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PADANG RENGAS
23 Februari 2022 | 21 Rejab 1443
P RAMASAMY JANGAN KURANG AJAR DAN BIADAP !!!
Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas menyuarakan solidariti sepenuhnya terhadap kes pengislaman ketiga-tiga anak Puan Loh Siew Hong dan Nagahswaran Muniandy yang telah diIslamkan oleh bapa mereka secara “unilateral” pada sekitar bulan Julai 2020.
Kami juga menyelar kenyataan provokatif yang dikeluarkan pimpinan DAP, Dr P Ramasamy yang mengaitkan kes ini dengan penculikan, paksaan dan ancaman yang secara tidak langsung mampu menggugat keharmonian masyarakat yang berbilang agama dan akan menimbulkan sentimen buruk terhadap Islam dan umatnya.
Kenyataan ekstrimis Dr P Ramasamy dilihat ingin memburukkan imej pihak berkuasa Islam negeri Perlis dengan bermodalkan kata-kata jelek dan hasutan tidak berasas tambahan pula keislaman ketiga anak-anak ini dilakukan secara sukarela tanpa paksaan seperti yang didakwa oleh Dr P Ramasamy.
Kami ingatkan kepada Dr P Rasamany supaya menghentikan tindakan beliau yang dilihat melampau dan mampu menaikkan kemarahan masyarakat Islam di negara ini. Sarang tebuan jangan dijolok jika dijolok buruk padahnya. Umat Islam akan bersatu walau berbeza fahaman politik bagi membela dan mempertahankan akidah ketiga anak-anak ini.
Justeru, DPPK Padang Rengas mengajak seluruh pihak bersatu padu dan senada menyuarakan solidariti terhadap anak-anak ini dalam menghadapi ujian dan diberikan keteguhan akidah Islam dalam diri mereka.
“Memacu Perpaduan”
“Legasi Perjuangan”
Sekian, terima kasih
KHIDZIR INSAB
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas.
#KenyataanMedia
#PemudaPASPadangRengas
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan