Home Kenyataaan Media PAS Perak

P.Ramasamy: Jangan biadap cetuskan provokasi agama

132
SHARE

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS KAWASAN BERUAS
23 Februari 2022 | 21 Rejab 1443

P. RAMASAMY : JANGAN BIADAP CETUSKAN PROVOKASI AGAMA

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Beruas melahirkan rasa kesal terhadap provokasi yang telah dibuat oleh pemimpin DAP P. Ramasamy yang mempertikai status pengislaman tiga orang anak Puan Loh Siew Hong dan Nagashwaran Muniandy dan boleh mencetuskan gimik pertembungan kepentingan agama.

Tindakan pemimpin DAP P. Ramasamy yang mendakwa kes tersebut membabitkan penculikan dan paksaan dalam memeluk agama Islam adalah tidak benar sebaliknya sah seperti termaktub di bawah Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 Negeri Perlis

DPPK Beruas berharap P. Ramasamy dan semua pihak tidak menjadikan isu sensitiviti agama dan kaum tidak dimainkan sehingga menggugat keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Namun umat Islam walaupun berbeza fahaman politik akan bersatu hati mempertahan akidah Islam.

Pihak berkuasa diharap dapat mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang sengaja mencetuskan provokasi agama dan api perkauman dalam negara ini serta tidak mencampuri urusan hal ehwal Islam khususnya di bawah kuasa negeri-negeri.

DPPK Beruas sekali lagi kami menyeru agar semua pihak terus bersolidariti dalam mempertahan akidah umat Islam di negara ini serta optimis dalam membentuk negara Malaysia yang sejahtera dan bebas daripada sebarang pengaruh keganasan.

Sekian, terima kasih

“Legasi Perjuangan”
“Memacu Perpaduan”

Mohammad Fadzil bin Abdul Rahim
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Beruas

#KenyataanMedia
#PemudaPASBeruas
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan