KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KAMPAR
23 Februari 2022 | 21 Rejab 1443
P RAMASAMY BIADAP DAKWA PAKSAAN DAN PENCULIKAN DALAM PEMELUKAN ISLAM
Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Kampar menyatakan sokongan penuh dan bersolidariti bersama kenyataan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak berkaitan “P. Ramasamy Jangan Jadi Pelampau dan Ekstremis : Kami Semua Bersatu Pertahan Akidah Islam”.
DPPK Kampar juga mengecam sekeras-kerasnya provokasi yang dicetuskan P. Ramasamy, pemimpin DAP biadap mempertikai status agama ketiga-tiga anak kepada pasangan Nagahswaran Muniandy dan Low Siew Hong dengan mendakwa paksaan dan penculikan walhal ianya secara sukarela.
P. Ramasamy dilihat berniat jahat dan cuba mencetuskan ketegangan agama dan kaum di Malaysia yang hidup harmoni dalam masyarakat majmuk. Sedangkan P Ramasamy tidak perlu mencampuri urusan hal ehwal agama Islam dan difahamkan tiada perkaitan dengan hak penjagaan anak.
Sepatutnya kenyataan individu seperti P Ramasamy dan sekutunya tidak disokong oleh mana-mana pihak di Malaysia agar negara kita tidak terjerumus dengan konflik ketegangan agama dan kaum yang ternyata merugikan kita semua.
Dalam pada itu, DPPK Kampar berharap isu tersebut dapat ditangani dengan baik dan tidak sesekali menggadaikan akidah ketiga-tiga anak tersebut serta sentiasa komited memelihara keharmonian dan menentang sesiapa juga yang membawa ideologi keganasan.
Sekian, terima kasih
“Legasi Perjuangan”
“Memacu Perpaduan”
Ts. Mohd Shahrizan Hj. Ahmad Fuat
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar
#KenyataanMedia
#PemudaPASKampar
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan