Home Berita PAS Selangor

Otai aktivis PAS juga seorang pesawah berjaya – PAS Kawasan Kapar

5
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI BESAR, 22 September – “Bertuahnya dapat bertemu dengan Pak Tam@Hj Samsuri di Sungai Besar”, kata Ust Noor Najhan Salleh.

Ust Noor Najhan Salleh, YDP PAS Kawasan Kapar hari ini sempat turun ke Sungai Besar menziarahi Pak Tam yang merupakan seorang otai aktivis PAS serta seorang pesawah yang berjaya.

Dalam usia lebih 70 tahun, beliau masih aktif dalam gerak kerja jamaah. Beliau telah terlibat dengan PAS sejak zaman Dato’ Asri Haji Muda lagi iaitu sejak tahun 1969. Dikhabarkan, anak-anak beliau berjaya menyambung pengajian sehingga ke IPTA.

Hendak dijadikan cerita, beliau merupakan seorang pesawah yang sangat gigih serta turut mempunyai kilang untuk memproses padi sendiri setelah dituai.

“Peramah orangnya dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu”, kata Ust Noor Najhan.

“Alhamdulillah dapat merasa beras hasil kilang beliau”, katanya lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor