Home Rencana PAS Johor

Orang lama dengan azam yang baru

80
SHARE

KABINET KELUARGA MALAYSIA: ORANG LAMA DENGAN AZAM YANG BARU

Rakyat seluruh negara menyambut baik Kabinet yang baru dibentuk oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri dan memberi kepercayaan untuk barisan kepimpinan baharu ini membuat yang terbaik untuk kesejahteraan negara.

Tidak sewajarnya serangan dan tohmahan seperti kerajaan ‘recycle’ dilemparkan kepada kerajaan yang baru ini.

Tidak dinafikan, banyak muka-muka lama ditampilkan semula, namun kita perlu memahami bahawa tindakan yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri adalah untuk memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.

Pembangkang sering melaungkan perpaduan dan hentikan sebarang permainan politik, namun dalam masa yang sama mereka yang bermain politik.

Mereka menyatakan sokongan dan perpaduan semasa berjumpa YAB Perdana Menteri, tetapi kembali menyerang YAB Perdana Menteri apabila calon ‘kesukaan’ mereka tidak dibariskan dalam barisan Kabinet.

Jika Kerajaan hari ini adalah Kerajaan ‘recycle’, mungkin Pakatan Harapan juga perlu bermuhasabah kerana memiliki calon Perdana Menteri ‘recycle’ sejak lama.

Lebih baik mereka bermuhasabah berhubung calon Perdana Menteri mereka berbanding bercerita tentang Kerajaan.

Mereka yang dilantik semula sebagai Menteri bukan sahaja untuk tangkap muat, tetapi mereka berpotensi untuk memimpin kementerian mereka bahkan dapat melancarkan perancangan dan perjalanan pentadbiran Kerajaan.

Azam Perdana Menteri untuk membuat perubahan dalam tempoh 100 hari pentadbiran bukti kesungguhan Kerajaan untuk memulih dan membangunkan kembali negara.

Berikan masa untuk Kerajaan, bukan terus menghentam seawal pembentukan Kabinet dengan tindakan menghentam secara pramatang yang amat tidak profesional.

‘Politik Matang Dan Sejahtera’ harus dijadikan budaya baru yang mesti dihayati oleh semua agar suasana negara yang lebih aman dan harmoni dapat dilahirkan.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

 

RUSMAN KEMIN

Ketua Penerangan

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)

30 Ogos 2021 | 21 Muharram 1443H

#KeluargaMalaysia

#MalaysiaPrihatin

#MenangBersama