Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak
Oleh : Umar Al-Hayawi
Gombak | Memetik kenyataan YDP PAS Kawasan Gombak Ustaz Saleh Huddin Mohd Nasir bahawa, Muafakat Nasional (MN) Gombak termasuk Ketua UMNO Bahagian Gombak Dato’ Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din menyokong penuh tuntutan yang di kemukakan oleh MN Selangor agar MITI tidak benarkan operasi industri arak.
Ujar beliau, “Operasi industri arak bukanlah pembuatan dan perkhidmatan yang perlu dan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP ‘lockdown’ dari 1 Jun sehingga 14 Jun 2021. Tahniah dan syabas kepada (UMNO dan PAS) yang berada dalam Muafakat Nasional, walaupun berada dalam kerajaan tapi tetap tegas dalam membuat teguran kepada kerajaan di dalam perkara yang dilihat salah”.
“MN Gombak ingin melahirkan rasa syukur apabila Menteri Kanan Pertahanan telah memaklumkan berkenaan penutupan operasi kilang minuman keras serta merta bermula hari ini. MN Gombak akan bersama MN Selangor untuk membantu memantau operasi kilang minuman keras ini benar tidak akan beroperasi dalam tempoh waktu yang di tetapkan” sambung beliu lagi.
“MN Gombak sentiasa komited untuk bersama dengan MN Selangor dalam membantu Kerajaan ke arah pentadbiran yang lebih bersih” akhir kata beliau.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor