Home Berita PAS Perak

Operasi 21 Sekolah Agama Rakyat Integrasi KAFA Dan Tujuh Tadika Islam Negeri Perak Ditangguhkan | Info Negeri Perak

549
SHARE
Image may contain: 2 people, people standing and indoorOPERASI 21 SEKOLAH AGAMA RAKYAT INTEGRASI KAFA DAN TUJUH TADIKA ISLAM NEGERI PERAK DITANGGUHKAN.
IPOH, 21 Oktober 2020 – Operasi Sekolah Agama Rakyat (SAR) Integrasi KAFA Negeri Perak dan Tadika Islam Perak ditangguhkan sementara berikutan pertambahan kes positif Covid-19 di Negeri Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan, YB Mohd Akmal Kamarudin berkata, ini adalah langkah awal yang diambil bagi menghentikan penularan selain untuk memudahkan proses pembersihan dan disinfeksi premis.
“Kita tidak mahu bilangan kes positif Covid-19 bertambah dan mengambil langkah awal bagi membendung sebarang penularan dalam kalangan pelajar dan tenaga kerja di sana,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.
Tambahnya, setakat ini operasi 21 SAR Integrasi KAFA Negeri Perak dan tujuh tadika Islam Perak telah ditangguhkan.
Dalam pada itu jelasnya, Pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah memperuntukkan RM2.2 juta supaya kesemua sekolah yang berdaftar dibawahnya dapat menjalankan aktiviti pembersihan dan disinfeksi dengan segera.
“Setiap sekolah yang berdaftar akan menerima RM2,500 bagi menjalankan proses-proses ini selain turut akan dibekalkan dengan peralatan kesihatan, dan kita harap agar pihak sekolah dapat menjalankan proses tersebut dalam kadar segera,” katanya.
Tegas beliau, pihak sekolah boleh merujuk Jabatan Kesihatan Daerah masing-masing untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi menjalankn aktiviti itu.
Kesemua sekolah turut diingatkan untuk peka dengan arahan pihak berkuasa dan bersiap sedia menutup operasi persekolahan sekiranya perlu.
Sumber: Komunikasi Strategik Perak (Stratcom)