Home Artikel PAS Wilayah

Nuzul Quran 2020: Wilayah Sejahtera Dengan Al-Quran

680
SHARE

Nuzul Quran 2020: Wilayah Sejahtera Dengan Al-Quran

Segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T kerana masih mengizinkan kita mengecapi kebaikan di bulan Ramadan yang di dalamnya telah berlaku suatu peristiwa agung iaitu Nuzul Al-Quran, sebagaimana firman Allah S.W.T:

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ [البقرة: 185]

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” [Al-Baqarah: 185]

Masyarakat kita sudah sinonim dengan budaya membaca Al-Quran lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini, baik sesama ahli keluarga, jemaah masjid mahupun dalam rancangang-rancangan televisyen yang ada pada hari ini.

Namun demikian, hal tersebut haruslah diiringi dengan pengamalan kita terhadap ayat-ayat yang dibaca, agar ianya tidak hanya terzahir di bibir kita, namun diterjemahkan juga dalam kehidupan seharian kita.

PAS Wilayah Persekutuan membawa tema Wilayah Sejahtera untuk membumikan Al-Quran, lantaran ianya diturunkan sebagai petunjuk buat sekalian manusia dan bukan hanya umat Islam.

Semoga bumi subur tiga wilayah gabungan ini dapat menghayati segala pesanan Al-Quran yang dijamin menepati naluri manusiawi merentas agama dan bangsa.

Ambillah kesempatan Nuzul Al-Quran pada kali ini untuk kita bermuhasabah sejauh mana Al-Quran itu telah benar-benar kita jadikan panduan hidup dan ikutan dalam segala aspek, baik politik, ekonomi, sosial dan lain-lain.

Akhirnya, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh rakyat Malaysia terutama di Wilayah Persekutuan. Bersama kita hayati dan jadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup.

Siiru ‘ala barakatillah

Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
9 Mei 2020 l 16 Ramadhan 1441H