Home Artikel PAS Terengganu

Non Muslim Ceria Menyumbang Untuk Tabung Rohingya.

816
SHARE

DUNGUN- Atas rasa kesedaran untuk membantu sesama manusia tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, golongan ‘non-muslim’ dengan penuh keceriaan turut sama menyumbang Tabung Rohingya.

Ketua Lajnah Perpaduan Nasional, PAS Kawasan Dungun, Puan Serena Lim Abdullah berkata, kezaliman kerajaan Myanmar terhadap bangsa Rohingya, juga mendapat simpati daripada kalangan orang-orang cina  yang tinggal di sekitar bandar Dungun. 

“Mereka cukup teruja menghulur sedikit bantuan sekadar mampu …mereka hulur dengan muka yang sangat ceria ibarat kalau bagi orang Islam dapat pahala yang besar”,ujarnya penuh terharu.

Kutipan yang dilaksanakan pada Selasa, 24.Oktober itu, melibatkan premis-premis perniagaan serta orang perseorangan dan mereka disambut mesra.

“Seorang Cina memuji usaha yang diambil oleh PAS dan harapan dia kali ni kita tumbangkan BN…,”

“Kita optimis dan menaruh harapan masih boleh meraih sokongan daripada mereka (golongan Cina) walaupun ada yang masih kurang jelas dan faham dengan senario politik yang bercelaru muktakir ni”, katanya lagi yang juga berketurunan cina.

Serena seterusnya berharap, dengan pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh lajnah beliau  diantaranya menziarahi yang sakit, mati, warga emas, program anak angkat dan sumbangan kepada yang miskin mampu menarik sokongan mereka kursusnya di Parlimen Dungun pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 14.