Home Uncategorized

Nilai ketuhanan: Mendidik manusia terbaik

18
SHARE

 

Minda YB Dr. Aliakbar

NILAI KETUHANAN: MENDIDIK MANUSIA TERBAIK

PAS telah membawa arus pendidikan berasaskan cinta, sayang dan beramal dengan perintah Tuhan.

Semua pusat pendidikan yang diwujudkan seawal pelajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan didedahkan dengan nilai ketuhanan. Sasaran paling tinggi pastilah melahirkan generasi bertakwa yang melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan semua yang dilarang.

Kenapa nilai ketuhanan ditekankan? Jawapannya mudah. Apabila manusia takut Allah; mulut, kaki, tangan dan seluruh anggota akan tunduk kepada Allah. Mereka tidak akan melakukan perkara dosa dan maksiat.

Tiada salah guna kuasa, tiada rasuah. Tiada khianat dan adu domba. Tiada segalanya yang bertentangan dengan perintah Allah. Mereka sedar dan yakin akan adanya dosa dan pahala.

Sebab itu penddikan yang dibawa oleh semua institusi di bawah PAS bukan hanya melahirkan pelajar yang cerdik dan berilmu tetapi juga beramal dengan ilmu.

Sebagai contoh, ramai orang yang boleh menghafal rukun iman tetapi berapa ramai yang boleh mengeluarkan nas dan dalil berkaitan rukun iman. Di sekolah-sekolah di bawah naungan PAS perkara seumpama ini sangat ditekankan.

Walaupun secara fizikal, bangunan dan prasarana institusi yang dibangunkan tidaklah terlalu lengkap dan jauh dari kemewahan, tetapi kurikulum yang dibangunkan cukup sempurna bagi pembangunan sahsiah dan akhlak manusia.

PASTI, SRITI, SMITI dan semua institusi pendidikan ini cuba melahirkan golongan agamawan, profesional dan teknokrat yang berjiwa takwa. Mereka boleh bekerja, berusaha, membangun dunia dengan agama.

Pendidikan ini milik semua. Pendidikan mesti mempunyai visi dan misi yang suci. PAS Sabah belum meletakkan titik noktah. Membangun manusia dengan nilai ketuhanan menjadi sasaran utama.

YB DR. ALIAKBAR GULASAN
Setiausaha PAS Sabah
1 Julai 2021