KUALA TERENGGANU – Sempena Ramadan kali ini, Primula Beach Hotel menawarkan program Santai-Santai Ramadan Moreh bagi mereka yang ingin menjadikan pengalaman berbuka atau moreh lebih unik dengan keindahan langit senja di di Anjung Garden dan Anjung Truck.
Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata ia dibuka sepanjang bulan Ramadan bermula jam 10 malam hingga 1 pagi dengan harga makanan bermula serendah RM15, tetamu dapat menikmati pelbagai hidangan moreh dalam suasana santai di tepi pantai dengan dekorasi yang menarik dan suasana nyaman.
“Kami ingin memberikan pengalaman unik kepada tetamu dengan menyediakan tempat yang santai dan selesa untuk mereka menikmati moreh.
“Dengan pelbagai pilihan hidangan pada harga berpatutan dan suasana pantai yang menenangkan, Anjung Garden & Anjung Truck menjadi lokasi ideal untuk berkumpul selepas solat tarawih,” katanya.
Menurutnya, di Anjung Garden, para pengunjung boleh menikmati hidangan tempatan seperti Nasi Goreng Kampung, Mee Goreng Mamak, Laksa Kuah Merah, Sambal Udang dan Mantou serta aneka makanan pencuci mulut seperti Pisang Cheese, Churros, dan Waffle Croissant.
Sementara itu, minuman seperti Air Balang, Lai Chee Kang, dan Primula Lemonade turut disediakan untuk menyegarkan tekak selepas solat tarawih.
Suaibah berkata, program itu bukan sekadar menyediakan juadah moreh tetapi juga menggalakkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan dalam suasana yang selesa.
Manakala, Anjung Truck pula menawarkan menu istimewa seperti Mac & Cheese, Hot & Spicy Chicken Wing, Beef Lasagne, dan Pasta Tomyam Seafood, menjadikannya pilihan sempurna bagi mereka yang ingin menikmati juadah dengan konsep street food di tepi pantai.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi Primula Beach Hotel di 06-6222100 atau layari media sosial rasmi hotel di @primulabeachhotel.