Home Berita PAS Perak

NGO dan 2 syarikat tempatan turut bantu usaha ADUN PAS

160
SHARE
May be an image of 1 person and text that says "M PUSAT KHIDMAT ADUN GUNUNG SEMANGGOL DRIVE THRU Ambil secara Drive Thru COVID-19 Sekatan pergerakan ramai yang terkesan. Rayuan Sumbangan untuk membantu 1000 keluarga Anggaran Peruntukan yang diperlukan untuk satu keluarga: Ayam RM10.00 Sayur RM5.00 Anjuran PUSAT KHIDMAT ADUN GUNUNG SEMANGGOL MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI Encik Abu 01 1-59814227 Encik Solihin 011-35220812 YB Tuan Haji Razman bin Ûakaria ADUN GUNUNG SEMANGGOL Salurkan Sumbangan Anda Ke Akaun Maybank 5582 4820 7682 (Tabung Kebajikan Rakyat)"
Dalam menghadapi krisis pandemik covid 19 yang melanda, kerjasama semua pihak dalam membantu golongan yang terkesan amatlah diharapkan.
Komitmen kerajaan, kerjasama masyarakat, sumbangan korporat, individu, NGO dan sebagainya menjadi satu tindakan bersepadu yang mampu memberi impak besar kepada usaha dijalankan.
May be an image of 2 people and people standing
Alhamdulillah, sumbangan kepada 1000 keluarga terkesan covid19 oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gunung Semanggol yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Jumaat ini turut disertai pelbagai pihak khususnya dalam bentuk sumbangan barangan dan kewangan.
Semalam, Timbalan Presiden (NGO) Muslim Care Tuan Haji Johari Ismail hadir menyerahkan sendiri sejumlah sumbangan tunai dan kerusi roda kepada pusat khidmat dalam usaha mereka menyokong program yang dijalankan.
May be an image of standing and outdoors
Beliau juga sempat mengiringi ADUN Gunung Semanggol Tuan Haji Razman Zakaria menyerahkan sumbangan wang tunai, ayam dan sayur kepada beberapa keluarga di sekitar Bagan Serai.
Sokongan turut diberikan oleh pengusaha ternakan ayam ‘Din Hj Sulaiman’ (AgroDeen Enterprise) dengan membekalkan ayam pada harga yang cukup murah di samping pemberian percuma 100 ekor sebagai salah satu bentuk ‘corporate social responsibility’ dari pihaknya.
No photo description available.
Tidak terhenti di situ, sokongan turut diterima dari pemborong dan penjual sayur di market Bagan Serai En. Suhaimi yang berbesar hati menerima hanya 70 peratus bayaran dari sayur yang telah ditempah dengan memberikan diskaun 30 peratus.
Pusat khidmat ADUN Gunung Semanggol mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang turut menyokong usaha ini demi kesejahteraan semua.
May be an image of sitting and standing
Tidak lupa juga kepada para penyumbang yang telah menyalurkan sumbangan melalui akaun 5582 4820 7682 TABUNG KEBAJIKAN RAKYAT (Maybank) yang dikelolakan oleh pusat khidmat.
Sumbangan masih dialu-alukan kerana program kebajikan sentiasa dijalankan secara berterusan.
Insyaallah segala amal jariah anda akan dilipat-gandakan ganjarannya oleh Allah subhanahu wa Ta’ala.