Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kota Raja | Frontliner merupakan barisan hadapan negara yang mempertaruhkan segala kepentingan demi memastikan keselamatan dan kebaikan sejagat. Mereka amat memerlukan “support” dari semua pihak dalam melaksanakan tugas yang mencabar ini.
Pengerusi Kota Raja Care dan ALP Hospital Shah Alam iaitu Ustaz Mohd Yusof Abdullah ketika dipetik bagai di kata gabungan rakan NGO yang bernaung di bawah Khidmat Malaysia Negeri Selangor turun padang menyantuni frontliners di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Menurut beliau, NGO KRC, AMALSELANGOR, KASEH dan BAKEWANIS bergandingan dalam program Sumbangan Kaseh petang ini dengan hasrat dan niat untuk memberikan sokongan dan dokongan tanpa berbelah bahagi kepada frontliners yang sedang berjuang menangani penularan Covid-19.
Terang beliau lagi, Daerah Klang khasnya mempunyai kadar pesakit yang tinggi dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah kini terpaksa meningkatkan keupayaannya untuk menampung jumlah pesakit yang ramai dalam menangani penularan wabak merbahaya ini.
“Justeru, kakitangan terpaksa bekerja lebih masa ‘Double Shift’ dan keletihan. Sebagai masyarakat sivil yang mewakili parti PAS dan NGO, maka menjadi kewajipan untuk kita sama-sama menyokong serta memastikan kebajikan para frontliners kita sentiasa terjaga” kesimpulan beliau.
Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada para frontliners negara agar wabak Covid-19 dapat ditangani dan negara kembali pulih, aman, maju dan sejahtera.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor