Home Berita PAS Johor

NGAUMAN CILIK GEGAR STADIUM UTM

982
SHARE

NGAUMAN CILIK GEGAR STADIUM UTM

Oleh: Muna Aziz

27 Julai 2019 – Kangkar Pulai, sebanyak 14 kontinjen dari seluruh daerah Negeri Johor telah menyertai Kejohanan Sukan Sriti Johor yang diadakan di Stadium Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam. 

Peserta-peserta cilik yang merupakan wakil-wakil daripada Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) seluruh Negeri Johor masing-masing merupakan pelajar berusia di antara 7 hingga 10 tahun.

Terdapat 5 acara yang dipertandingkan termasuklah larian pecut 70 meter lelaki dan perempuan, larian 4 x 70 meter lelaki dan perempuan, bola jaring, bola sepak dan perbarisan terbaik. 

Anugerah olahragawan dan olahragawati masing-masing telah dimenangi oleh adik Nur Ikhwan Faris bin Azlan dari SRITI Al-Hakim, Rengit dan adik Anis Adriana binti Mohd Fitrazmin dari SRITI Al-Kauthar, Pasir Gudang dan juara keseluruhan telah dimenangi oleh SRITI Al-Huda dari Simpang Renggam.

Naib Ketua Pemuda Pas Negeri Johor, Ustaz Azlan Bin Hj Alias berkata, sukan sebegini diadakan adalah untuk melahirkan orang yang kuat dan sihat. Beliau juga berpesan kepada peserta-peserta bahawa kalah dan menang itu adat perlawanan.

Beliau yang juga merasmikan Kejohanan Sukan Sriti Negeri Johor Kali Ke-2 tersebut berkata,

“Nabi menuntut umatnya untuk bersikap La Taiaasu yang membawa maksud jangan berputus asa kerana berputus asa bukanlah akhlak seorang Muslim.”

Perasmian turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Sriti Negeri Johor, Timbalan Pengarah Sriti Johor juga Barisan Ahli Lembaga Pengarah Sriti Johor.