Orang Melayu majoriti beragama Islam. Mereka sensitif dengan agama Islam.Jahat macam mana pun jika orang hina agama, mereka bingkas bangun.
Tiba-tiba Nga Kor Meng kata PAS ajaran sesat dan perlu bertaubat. Kamu tidak layak untuk bercakap soal taubat atau sesat. Ini soal Islam. Ini soal akidah orang Islam. Biar badan agama yang menentukan soal sesat atau taubat.
Biarlah kami sesama orang Islam sahaja yang boleh berbincang bab sesat atau taubat. Kami lebih tahu bab agama kami dan batasan agama sesama kami Kalau orang bukan Islam macam kamu cuba masuk campur dan hendak berpolimik ia akan menimbulkan kekeruhan.
Jangan sampai orang melayu pula mencaci cerca agama orang lain. Dengan menuduh kamu pula sesat. Akhirnya suasana tidak harmoni kerana ada manusia yang seperti ini.
Islam sebagai agama Persekutuan, termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan: Islam adalah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”
Inilah juga kontrak sosial yang sudah diterima oleh tok nenek Nga Kho Meng untuk membolehkan mereka diberi kerakyatan dan negara mencapai kemerdekaan.
Kamu tidak berhak untuk menyesatkan PAS..Siapa kamu hendak menyesatkan PAS. Siapa kamu yang minta supaya PAS bertaubat. Jangan provok orang Islam bab agama. Jangan bawa ke garisan merah yang merbahaya.Jangan tafsir Islam ikut kepala otak kamu.
PAS yang berpegang dengan dasar Islam, tidak menzalimi orang bukan Islam di negeri yang kami perintah. Terbukti dan teruji PAS berjaya menjaga keharmonian kaum, tidak seperti Dap yang
Walau pun kita tau ada geng melayu PH yang cuba pertahankan kenyataan kamu. Cuba mengaitkan Islam agama rahmah, tidak boleh kasar dengan yang permainkan agama Islam. Kononnya nanti mereka liar.
Kena belajar sejarah Rasulullah. Ada ketika baginda lembut dan ada ketika baginda tegas dan keras apabila orang pemainkan bab agama. Jangan ambil sirah nabi sekerat tinggal sekerat.Manusia melayu macam inilah menjadikan golongan cauvanis semakin melampau
Kami tidak hairan manusia jenis ini ada sepanjang zaman yang menjadi gunting dalam lipatan.Golongan inilah perosak bangsa dan agama. PAS tidak akan izinkan pemikiran ini merosakkan anak bangsa di negara ini.
PAS sentiasa berpegang dengan Islam dan undang-undang negara. Selama ini harmoni negara kita. Ayuh bangsa Melayu dan umat Islam kita bersatu dan jangan biarkan golongan cauvanis ini berkuasa
Kita lemah sebab berpecah, walau pun ramai. Mereka kuat sebab mereka bersatu walau pun mereka sedikit. Masa masih belum terlambat, untuk kita bersatu.
Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS Pusat
29/12/24