Home Berita PAS Selangor

Neuron Cermin – Kredit Coretan Dari PAS Negeri Selangor

630
SHARE

Oleh : Zukri Bin Ahmad

Pernah dengar istilah “neuron cermin”?

Neuron cermin adalah sejenis saraf yang akan terangsang apabila kita bertindak sendiri ataupun melihat orang lain bertindak secara spontan.

Contoh paling ketara bilamana kita “kecur” melihat isteri makan mangga asam boi. Walaupun kita tidak makan tapi boleh merasai rasa masam masin pedas mangga tersebut.

Dengan kata lain ianya adalah kebolehan merasai apa yang dirasakan oleh orang lain. Jelas sekali neuron cermin ini dapat membezakan tingkah laku yang buruk dengan tingkah laku yang baik.

Contohnya sel tersebut akan memberikan reaksi segera apabila melihat seseorang mengangkat tangan walaupun kita tidak tahu samada orang itu hendak menggaru kepalanya atau memukul kita.

Begitu juga apabila kita melihat orang itu senyum kita akan membalas balik secara spontan. Kita dapat merasai perasaan orang yang tersenyum itu.

Sifat empati adalah fitrah semula jadi kita. Manfaatkan sebaik mungkin demi mengukuh perpaduan. Kita mampu pergi lebih jauh.

Senyumlah.

Senyum mampu mengeratkan ukhuwah sesama kita. Kerana setiap kita ada neuron cermin!
Sentiasa mencuba.

Zurki Bin Ahmad
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#mirrorneurons
#demiIslam
#PemudaPAS
#MemimpinNegara