Home Berita PAS Terengganu

Negeri SG4 sepakat jadi negeri mesra pendidikan agama rakyat

31
SHARE

KUALA TERENGGANU – Empat buah negeri  SG4 Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis sepakat untuk menjadi negeri yang mesra dengan pendidikan agama rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato’ Satiful Bahri Mamat berkata, perkara itu telah disepakati dalam pertemuan kemuncak SG4 baru-baru ini.

“Dalam pertemuan itu antara yang menjadi tumpuan adalah menjadikan empat buah negeri ini sebagai negeri yang mesra dengan pendidikan agama rakyat.

“Supaya semua institusi agama yang dibangunkan secara persendirian yang dimiliki masyarakat membabitkan tahfiz, sekolah rendah Islam, koleh dan sebagainya untuk diberikan tumpuan dengan memberi sokongan dan dokongan semampu yang kita dapat.

“Supaya institusi pendidkan agama ini akan sama-sama dapat berdiri tinggi dan sama-sama berusaha untuk memperkasakannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ketika menyempurnakan perasmian Majlis Multaqa Badan Pengelola Institusi Pendidikan Islam Negeri Terengganu 2024, di sini, semalam.

Mengulas lebih lanjut, Satiful berkata sejak 2018 kerajaan negeri sentiasa memberi tumpuan kepada sekolah agama rakyat ini agar tidak terpinggir dalam memastikan ia berupaya untuk memenuhi permintaan ibu bapa yang menjadikan sekolah agama sebagai alternatif terbaik.

“Kita sama berusaha untuk mememnuhi permintaan ibu bapa yang memberikan kepercayaan untuk menghantar anak mereka ke pusat pengajian agama dengan pelbagai pilihan yang ada dalam memastikan generasi yang terbaik dan beriman akan dapat dilahirkan selaras dengan Terengganu yang dikenali sebagai ‘Darul Iman’,” ucap beliau.

Dalam pada itu katanya kesedaran ibu bapa di Terengganu terhadap pendidikan agama sangat tinggi sehingga Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) sentiasa menjadi rebutan.

“Kita sangat menitikberakan soal ini sehingga kita memberikan keutamaan dan berjanji bagi mewujudkan SRIDI di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang ini yang dah tebrina 12 dari 32.

“Sekarang ini kita ke araha mewujudkan Sekolah Menengan Agama Islam Darul Iman (SMIDI).

“Dengan permintaan yang tinggi menunjukkan bahawa kesedaran dalam kalangan masyarakat sangat baik dan akan membawa perkembangan pendidikan berorientasikan Islam semkain berkembang maju,”ujarnya.