Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang
Oleh : Umar Al-Hayawi
Selayang | YDP PAS Selayang Haji Zaidy Abdul Talib dalam hantaran media sosialnya menceritakan contoh aktiviti faedah yang boleh dibuat bersama anak-anak bagi mengisi masa lapang semasa PKP 3.0 ini. “Masa ‘Total Lockdown’ ini sudah tentu banyak masa yang berkualiti yang boleh kita luangkan bersama anak-anak” kata beliau.
Sambung beliau, “Ibu bapa perlu membuat perancangan seperti menyusun modul adalah terbaik untuk membangun anak-anak dan keluarga. Masa inilah yang paling sesuai untuk solat berjamaah, menyemak fardhu ain, tadarus Al Quran, tazkirah disamping sembang santai berkaitan kehidupan dengan anak-anak”.
Nasihat beliau, “Jangan biarkan masa keemasan ini berlalu begitu sahaja. Mungkin selepas era Covid-19 ini tiada lagi masa yang sebegini berharga terbentang untuk kita ruangkan bagi membangun anak-anak. Maka luangkanlah sepenuh masa untuk anak-anak agar dapat membina hubungan erat bersama mereka.
“Nikmat masa adalah hikmah disebalik ujian besar Covid-19 ini”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor